Monday, December 15, 2008

Pernikahan & Resepsi Syamil & Isteri (Singapura)


Lokasi : Pasir Ris, Singapura
Tarikh : 29 November 2008
Jurugambar : Hakim

Tuesday, November 11, 2008

Pernikahan & Resepsi Azhar & Aimi


Lokasi : Cheras, Kuala Lumpur
Tarikh : 25 Oktober 2008
Jurugambar : Hakim & Shazni

Resepsi Anuar & Fadhilah


Lokasi : Johor Bahru
Tarikh : 23 Ogos 2008
Jurugambar : Suhail & Hakim

Pernikahan & Resepsi Subki & Rosnaniza


Lokasi : Taman Maluri, Kuala Lumpur
Tarikh : 10 Ogos 2008
Jurugambar: Suhail & Hakim

Monday, November 10, 2008

Resepsi Muzamil & Juana









Tarikh : 2 Ogos 2008
Lokasi : Melaka
Jurugambar : Suhail, Hakim, Shazni

Kembali Aktif

Pihak SM memohon maaf kepada semua pelanggan kami serta pengunjung yang tidak jemu untuk melayari blog kami. Ini kerana kami agak sibuk beberapa bulan lepas dengan tugas masing-masing serta tugas-tugas luar. Untuk pengetahuan semua, salah seorang krew kami telah terlibat dengan program khidmat sosial yang mana kini beliau berada di Pulau Cocos, Australia selama 2 bulan. Beliau boleh dilawati dengan melayari http://sahalfikri.blogspot.com/.

Alhamdulillah, setakat ini banyak permintaan dari pelanggan kami tidak termasuk majlis perkahwinan sahaja. SM juga telah diminta untuk mengambil gambar-gambar termasuk pesta kovokesyen, persatuan-persatuan, kolej, universiti dan sebagainya. Kami juga meanglukan-alukan kepada para pengunjung jika mempunyai apa jua bentuk majlis jika berminat hubungilah kami. Insyallah, kami akan memberikan servis yang terbaik.



Tuesday, July 15, 2008

'Seize The Moment'


Kepada sesiapa yang berminat. Sila hadirkan diri untuk sama-sama menghargai keindahan alam dengan merakamkan detik-detik indah berada di puncak bukit yang nyaman sambil menyaksikan lanskap Kuala Lumpur dari jauh.


Semua krew SM akan sama-sama berada di tempat berikut. Sesiapa yang berminat, sila maklumkan kehadiran anda kepada SM sebelum 18 Julai 2008 (Jumaat).


Butiran aktiviti adalah seperti berikut:


'SEIZE THE MOMENT'

20 Julai 2008 (Ahad)

7.00 pagi (berkumpul di Anjung Rahmat pada 6.30 pagi)

Bukit Tabuh, Melawati, KL

Yuran : PERCUMA!!!

Blog sedang dikemaskini

SM memohon maaf atas segala kesulitan.
Blog ini dalam proses kemaskini buat sementara waktu.
Anda mungkin tidak dapat melayari paparan lain buat masa ini.
SM sedang usahakan yang terbaik untuk tatapan anda.

Sebarang persoalan/pertanyaan, sila hubungi 017-6144026/017-6665958.
Sekian, terima kasih.

Monday, June 23, 2008

Fotografer sibuk sikit

Kepada para pelanggan berikut:

Amir Khusyairi & Nur Aainaa
Shahrul & Zuliana
Shakir & ...

SM ingin memohon maaf kerana terpaksa tunda tarikh penyerahan album memandangkan kami tiada di Malaysia sehingga 27 Jun 2008 atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Seperti yang dimaklumkan, tempoh penyerahan adalah antara 3 ke 4 minggu. Jadi, seminggu lagi adalah masih dalam tempoh demikian. Harap maklum.

Terima kasih atas kerjasama pihak anda..

Wednesday, May 7, 2008

Banner perkahwinan


Perlukan banner untuk perkahwinan anda?
Serambi Maya mampu realisasikan kehendak anda...
Serahkan kepada Serambi Maya untuk design dan cetak...

Sila hubungi Suhail (017-6144026) atau Hakim (017-6665958)

Wednesday, March 19, 2008

Salam Maulidur Rasul 1429H


Baru belajar teknik ni. Bukan main kecoh kawan serumah berebut untuk menjadi bahan ujian. Kami cabar untuk mereka hasilkan tulisan ALLAH. Lantas ditutup lampu rumah dan dicapai lampu suluh kecil (dapat percuma daripada CIMB - lampu suluh tanpa bateri).

Beberapa kali cubaan menyahut cabaran kami pun dilakukan. Dan inilah hasil terbaik yang dapat mereka tunjukkan. Terima kasih kawan-kawan kerana sanggup hadapi cabaran kami.

Sempena hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Serambi Maya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua. Semoga kehidupan kita banyak mencontohi baginda Rasul dalam banyak perkara.

Saturday, March 15, 2008

PRU 12


Sepanjang tempoh pilihanraya, kami hanya dapat tangkap beberapa gambar saja kerana sibuk dengan pelbagai urusan. Ada sesetengahnya kami kongsikan bersama anda di ruangan Foto Kami.

Pelbagai pandangan telah kita perolehi daripada beberapa perubahan ketara dalam PRU12. Ini sekaligus membuatkan masyarakat Malaysia khususnya para pemimpin bertambah aktif dalam memperjuangkan nasib kita selain mewujudkan suasana berlumba-lumba melaksanakan yang terbaik kepada kita.

Siapapun yang memerintah, yang penting baik-baik saja berlaku dan masyarakat Malaysia terus aman dan damai dalam kepelbagaian budaya dan bangsa ini. Kami doakan agar Malaysia sejahtera selalu.

Sunday, March 9, 2008

Server down

Serambi Maya memohon maaf kerana tidak dapat mengemaskini laman blog ini untuk tatapan semua disebabkan masalah teknikal di pejabat urusan.

Kini semuanya sudah kembali normal dan kami sajikan anda beberapa gambar terkini oleh jurufoto-jurufoto kami. Berikut adalah maklumat yang telah dikemaskini :-

Thursday, February 21, 2008

Tugasan luar di Singapura dan Selatan Thailand

Jurufoto Serambimaya akan ditugaskan untuk membuat penggambaran/liputan di Singapura bermula Sabtu ini sehingga Ahad. Selepas solat Jumaat, Suhail akan bertolak ke sana untuk bersama-sama satu kumpulan yang bertapak di Ampang untuk kunjungan rasmi ke salah satu persatuan di sana.

Manakala seorang lagi jurufoto Serambimaya akan bersama-sama kumpulan lain yang akan mengunjungi Selatan Thailand bermula Sabtu sehingga Isnin ini. Hakim akan bertolak ke sana pada malam ini bersama-sama kumpulan tersebut.

Harap para pengunjung dapat bersabar jika kami tidak berkesempatan membalas sebarang emel atau panggilan.

Nantikan gambar-gambar terkini daripada kami di kedua-dua lokasi ini akan datang.

Wednesday, February 20, 2008

Web Album untuk anda



Terkini anda boleh menikmati hasil fotografi Serambi Maya dengan menyaksikan semua gambar pelanggan kami di Web Album yang kami sediakan. Anda hanya perlu klik pada halaman 'Foto Kami' dan klik pada gambar yang tertera. Selamat mencuba!

Tuesday, February 19, 2008

Pelan Penjimatan

Memandangkan kebelakangan ini kami banyak menerima panggilan daripada prospek pelanggan yang mempunyai bajet sangat terhad, kami dengan ini memperkenalkan Pelan Penjimatan agar majlis anda tetap dapat diabadikan dalam kenangan.

Pelan Penjimatan ini adalah satu pelan khusus untuk pelanggan yang mempunyai bajet yang sangat terhad tetapi inginkan gambar-gambar majlis mereka dirakam.

Pelan ini tidak menetapkan sebarang harga. Anda hanya perlu menghantar emel kepada kami dengan menyatakan butirang tertentu dan kami akan membalasnya dengan memberikan khidmat yang boleh kami tawarkan sesuai dengan bajet anda.

Apa yang perlu anda nyatakan dalam emel adalah seperti berikut :
  • Nama anda
  • Alamat anda
  • Bajet anda
  • Tarikh majlis (sebarang majlis/program, bukan khusus perkahwinan/pertunangan)
  • Tempat majlis diadakan
Hantarkan emel anda ke serambimaya@gmail.com dan kami akan memberikan tawaran yang bersesuaian kehendak anda.

Sunday, February 17, 2008

Ummatic Week 2008

Aku telah berkunjung ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sempena Minggu Ummatik 2008 yang didakan selama 6 hari (12 - 18 Februari 2008). Antara program-program menarik yang diadakan sepanjang minggu tersebut seperti pameran gerai pameran luar negara, forum dan sebagainya. Setiap gerai pameran masing-masing mempamerkan keunikan negara dan budaya yang terdapat di negara mereka. Antara negara yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah Arab Saudi, Yaman, Somalia, Indonesia, Singapura termasuklah Malaysia sendiri. Kebetulan kedatanganku pada waktu itu adalah perasmian "Global Peace Forum" yang disempurnakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Saturday, February 16, 2008

USRATIKA - RA Fine Arts




Darah seni. Apapun program kesenian, mudah sahaja menarik perhatian. Apatah lagi, jika aku diberi peluang menguasai bidang seni itu. Serambi Maya sangat akrab dengan kumpulan pemuzik yang mendendangkan lagu puisi ini. Namanya Usratika. Kali ini aku berpeluang merakam detik-detik permulaan mereka bernafas dalam gelombang seni muzik. RA Fine Arts. Bertempat di Jalan Aman, Ampang. Usratika diberi peluang mendendangkan lagunya kepada khalayak. Kerja aku mengambil gambar dan video. Sangat puas hati kerana khalayak di sini bukannya manusia berkepentingan tetapi berperkemanusiaan dan berkebolehan. Jangan lepaskan peluang anda menyaksikan persembahan nyanyian 'bawah tanah' dan bacaan puisi begini. Akan datang lagi. 15 Mac 2008. RA Fine Arts.


Friday, February 15, 2008

Bas London di Melaka

Hampir setiap kali lalu depan Dataran Merdeka Melaka, pasti terserempak dengan bas double decker yang dibawa khas dari London ni.

Tapi sehingga hari ni masih tak berkesempatan naik. Mesti view dari atas bas yang open air ni mengagumkan. Apatah lagi kita fotografer ni. Takpe.. nanti ada masa aku mesti cuba punya.

Sebagai anak Melaka, aku sedikit terkilan sebab sejarah tempat merdeka diisytiharkan kali pertama ini tak serupa dulu. Bukanlah menentang pembangunan, tapi aku takut susah anak-anak aku nak faham/bayangkan bila aku ceritakan kisah ini.

Tak pastilah ada lagi ke tak cahaya dan bunyi.. paling tidak inilah saja cara penceritaan sejarah yang tinggal (tanpa perlu baca buku sejarah).

Apapun, aku suka jadi orang Melaka sebab negeri ini cantik dan kemas walaupun orangnya cakap kahau (faham??).

Iklan : Singgah la kedai cenderahati makcik aku di Melaka (depan bahtera kayu tu)