Thursday, February 21, 2008

Tugasan luar di Singapura dan Selatan Thailand

Jurufoto Serambimaya akan ditugaskan untuk membuat penggambaran/liputan di Singapura bermula Sabtu ini sehingga Ahad. Selepas solat Jumaat, Suhail akan bertolak ke sana untuk bersama-sama satu kumpulan yang bertapak di Ampang untuk kunjungan rasmi ke salah satu persatuan di sana.

Manakala seorang lagi jurufoto Serambimaya akan bersama-sama kumpulan lain yang akan mengunjungi Selatan Thailand bermula Sabtu sehingga Isnin ini. Hakim akan bertolak ke sana pada malam ini bersama-sama kumpulan tersebut.

Harap para pengunjung dapat bersabar jika kami tidak berkesempatan membalas sebarang emel atau panggilan.

Nantikan gambar-gambar terkini daripada kami di kedua-dua lokasi ini akan datang.

Wednesday, February 20, 2008

Web Album untuk anda



Terkini anda boleh menikmati hasil fotografi Serambi Maya dengan menyaksikan semua gambar pelanggan kami di Web Album yang kami sediakan. Anda hanya perlu klik pada halaman 'Foto Kami' dan klik pada gambar yang tertera. Selamat mencuba!

Tuesday, February 19, 2008

Pelan Penjimatan

Memandangkan kebelakangan ini kami banyak menerima panggilan daripada prospek pelanggan yang mempunyai bajet sangat terhad, kami dengan ini memperkenalkan Pelan Penjimatan agar majlis anda tetap dapat diabadikan dalam kenangan.

Pelan Penjimatan ini adalah satu pelan khusus untuk pelanggan yang mempunyai bajet yang sangat terhad tetapi inginkan gambar-gambar majlis mereka dirakam.

Pelan ini tidak menetapkan sebarang harga. Anda hanya perlu menghantar emel kepada kami dengan menyatakan butirang tertentu dan kami akan membalasnya dengan memberikan khidmat yang boleh kami tawarkan sesuai dengan bajet anda.

Apa yang perlu anda nyatakan dalam emel adalah seperti berikut :
  • Nama anda
  • Alamat anda
  • Bajet anda
  • Tarikh majlis (sebarang majlis/program, bukan khusus perkahwinan/pertunangan)
  • Tempat majlis diadakan
Hantarkan emel anda ke serambimaya@gmail.com dan kami akan memberikan tawaran yang bersesuaian kehendak anda.

Sunday, February 17, 2008

Ummatic Week 2008

Aku telah berkunjung ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sempena Minggu Ummatik 2008 yang didakan selama 6 hari (12 - 18 Februari 2008). Antara program-program menarik yang diadakan sepanjang minggu tersebut seperti pameran gerai pameran luar negara, forum dan sebagainya. Setiap gerai pameran masing-masing mempamerkan keunikan negara dan budaya yang terdapat di negara mereka. Antara negara yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah Arab Saudi, Yaman, Somalia, Indonesia, Singapura termasuklah Malaysia sendiri. Kebetulan kedatanganku pada waktu itu adalah perasmian "Global Peace Forum" yang disempurnakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Saturday, February 16, 2008

USRATIKA - RA Fine Arts




Darah seni. Apapun program kesenian, mudah sahaja menarik perhatian. Apatah lagi, jika aku diberi peluang menguasai bidang seni itu. Serambi Maya sangat akrab dengan kumpulan pemuzik yang mendendangkan lagu puisi ini. Namanya Usratika. Kali ini aku berpeluang merakam detik-detik permulaan mereka bernafas dalam gelombang seni muzik. RA Fine Arts. Bertempat di Jalan Aman, Ampang. Usratika diberi peluang mendendangkan lagunya kepada khalayak. Kerja aku mengambil gambar dan video. Sangat puas hati kerana khalayak di sini bukannya manusia berkepentingan tetapi berperkemanusiaan dan berkebolehan. Jangan lepaskan peluang anda menyaksikan persembahan nyanyian 'bawah tanah' dan bacaan puisi begini. Akan datang lagi. 15 Mac 2008. RA Fine Arts.


Friday, February 15, 2008

Bas London di Melaka

Hampir setiap kali lalu depan Dataran Merdeka Melaka, pasti terserempak dengan bas double decker yang dibawa khas dari London ni.

Tapi sehingga hari ni masih tak berkesempatan naik. Mesti view dari atas bas yang open air ni mengagumkan. Apatah lagi kita fotografer ni. Takpe.. nanti ada masa aku mesti cuba punya.

Sebagai anak Melaka, aku sedikit terkilan sebab sejarah tempat merdeka diisytiharkan kali pertama ini tak serupa dulu. Bukanlah menentang pembangunan, tapi aku takut susah anak-anak aku nak faham/bayangkan bila aku ceritakan kisah ini.

Tak pastilah ada lagi ke tak cahaya dan bunyi.. paling tidak inilah saja cara penceritaan sejarah yang tinggal (tanpa perlu baca buku sejarah).

Apapun, aku suka jadi orang Melaka sebab negeri ini cantik dan kemas walaupun orangnya cakap kahau (faham??).

Iklan : Singgah la kedai cenderahati makcik aku di Melaka (depan bahtera kayu tu)

Tuesday, February 12, 2008

Pasangan 'sporting'



Dalam membuat penggambaran bagi pakej perkahwinan yang kami tawarkan, cabaran yang sangat besar adalah pasangan pengantin itu sendiri. Kerjasama daripada mereka ini sangat penting.

Ada sesetengah pasangan tu sangat kekok untuk bergaya. Walaupun kita sudah berusaha menyuruh mereka bergaya dengan santai, mereka tetap kekok. Ini mungkin akan mencacatkan gambar yang kita inginkan.

Maklumlah saya ni selagi tak tersenyum melihat hasil rakaman gambar pada skrin kamera setiap kali lepas 'shoot', pasti tak puas hati.

Kali ini kami sangat puas hati. Sebabnya pelanggan Serambi Maya ini iaitu Hafizin dan Hazlin adalah pelanggan yang sangat 'sporting'.

Semua yang kami cadangkan diikutkan saja. Termasuklah untuk penggambaran luar di Taman Tasik Titiwangsa. Ada orang malu tapi mereka tidak walaupun berpakaian ala raja di tengah-tengah orang ramai yang datang mengunjungi 'Eyes on Malaysia'.

Tahniah buat mereka berdua. Cayalah!

Monday, February 11, 2008

Selamat Datang

Serambi Maya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua pengunjung yang melayari blog kami.

Semoga dengan kehadiran anda dapat memeriahkan lagi blog ini. Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda.

Kami amat mengalu-alukan sebarang komen atau pertanyaan dan perbincangan untuk manfaat ramai. Sila emel ke serambimaya@gmail.com untuk tujuan itu.