Sunday, December 20, 2009

Big Boss Serambimaya dah kahwin

Semalam telah diijabkabulkan Big Boss SM (Saudara Suhail) dengan pasangannya Nur Nadzifa. Majlis yang dilakukan akad nikah dan kenduri sebelah perempuan pada hari yang sama. Mendandankan pakaian pengantin sedondon coklat keemasan yang ditempah khas bagi mereka ini. Dengan tengkolok si pengantin lelaki seperti raja selangor. Tinggi tu. Kami krew-krew di SM mengucapkan selamat pengantin baru kepada BIg Boss kita. hehe..

Suhail & Nadzifa, Gombak

Saturday, December 19, 2009

Resepsi Ruzaini & Zalina (Melaka)


cium tangan


Tarikh: 19 Disember 2009
Tempat: Taman Noorbar, Bukit Serindit, Melaka

Tuesday, December 15, 2009

Bulan Orang Kahwin Banyak

Bulan ini cuti sekolah maka tidak putus-putus setiap minggu ada sahaja jemputan perkahwinan yang perlu dihadiri, terutamanya saudara, kawan kita sendiri. Kami pasti anda di luar sana mesti begitu juga kan. Dalam setiap jemputan itu pasti ada juga yang kita tidak mampu untuk hadirinya. Oleh itu ucapan emel, sms dan panggilan menggantikan diri ini sebagai pengubat kepada pengantin yang menjemput. Berusahalah pelbagai cara agar hubungan kita dengan rakan-rakan kita kekal berpanjangan.
____________________________________________________________________

Potraiture

Night Potraiture Yusni & Hakimah, Putrajaya

Outdoor Potraiture Ammar & Zaharida, Jengka - Pahang

Sunday, December 6, 2009

Majlis Pertunangan Nurul & Saiful (Muar, Johor)


Dah lama tak muat naik gambar-gambar pengantin. Sibuk sikit. Alhamdulillah kami akan cuba kemaskini dari semasa ke semasa. Nak cerita bakal tunang si Nurul adalah kawan sekolah Hakim di Muar. Lama dah pasangan merancang pertunangan ini. Alhamdulillah berjaya dilaksanakan. Meriah sungguh dah macam majlis kenduri kahwin. Maklumlah waktu hari raya Aidilfitri. Kami di SM mengucapkan selamat bertunang dan meneruskan ke jinjang pelamin berkekalan hingga ke akhir hayat. Nak kahwin nanti jangan lupa gunakan khidmat kami lagi..

Thursday, December 3, 2009

Akad Nikah Yusni & Hakimah (Gombak, KL)


Akan Datang...

Tuesday, December 1, 2009

Cenderahati Perkahwinan



Anda bingung mencari cenderahati perkahwinan untuk tetamu?
Kenapa tidak hadiahkan sesuatu yang lebih bermakna?

Hadiah ini pasti takkan disiakan begitu saja..
Hadiah ini pasti disimpan rapi..
Hadiah ini pasti memberi manfaat kepada tetamu dan tuan rumah sendiri..

Hadiahkan tetamu anda dengan senaskhah YASIN
Anda bebas menulis ayat/ucapan sendiri di muka surat pertama

Hanya RM1.50 senaskhah
Pesanan minimum 1000 naskhah
[Tempoh siap: 2 minggu]

Monday, November 30, 2009

Promosi Pakej Perkahwinan 2010

Tuesday, July 14, 2009

Aktiviti SM (Episod 1) KLCC

Beberapa minggu yang lepas krew-krew SM buat pengambaran luar. Macam biasa acara pertama kami akan tuju ialah pusat darah negara. Tapi SM tak nak cerita pusat darah dah ade krew SM cerita. Tengok kat sini.
Selepas derma darah kami terus menuju ke KLCC bertemu sahabat sekolah dulu bersamanya ada beberapa orang model. Bolehlah.. huhu. Apa lagi pengambaran dimulakan. Jadi hari ni nak muatnaik gambar di sekitar KLCC dulu. Gambar yang lain nanti dulu.
Disebalik Tabir:

Akan Datang: Aktiviti SM (Episod 2) Taman Tasik Titiwangsa

Tuesday, July 7, 2009

Aliff & Munawarah (Kluang, Johor)

Kali ni SM nak muatnaik gambar bakal pengantin Aliff & Mun. Kalau nak tau mereka ni kwan Hakim masa kat UIA dulu. Satu kelab perkusi. Jodoh mereka. hehe. Walaupun Aliff ni nampak besar die takut dengan Mun, betul ke?? Komen sikit.. hehe jangan marah.. Gurau je..

Majlis berlangsung dengan sempurna cincin disarung oleh nenek Aliff. SM nak cerita ada gelagat yang mencuit hati ketika dalam majlis itu. Apa-apa pun Aliff jangan marah ya. Masa sesi bersalaman untuk pulang tak tahu lah terlalu gembira atau "kaget" Aliff boleh jatuh pula dulang yang dibawa. Apa lagi huru hara satu rumah gelakkan dia. Biasalah, mungkin terlalu gembira kot.. huuh..

Yang penting SM nak ucapkan terima kasih kepada Aliff sekeluarga menyediakan segala untukku menjalankan utgas dengan mudah. Terima kasih juga belanja Hakim makan ikan bakar kat Melaka.. hehe.. Korang memang best!!!


Lokasi : Kluang, Johor
Tarikh : 16 Mac 2009
Jurugambar : Hakim

Wednesday, July 1, 2009

Halim & Raja Nurbaizura

Hari ini nak muat naik gambar-gambar pasangan Halim & Nurbaizura. Majlis telah berlangsung di menara PKNS, Petaling Jaya. Majlis yang agak meriah. Pengantin yang sangat sporting terutamanya pengantin lelaki. Seorang yang kelakar.

Terima kasih diucapkan kepada pengantin dan keluarga. Mereka semua juga sporting. Kerana cuaca yang tidak mengizinkan pengambaran luar terpaksa dilakukan didalam menara tersebut. Mujurlah banyak tempat yang menarik di situ.

Lokasi : Petaling Jaya
Tarikh : 015 Mac 2009
Jurugambar : Hakim

Monday, June 15, 2009

Blog Menghadapi Masalah

Assalamualaikum kepada semua pelanggan dan pengunjung,

Pertama sekali krew SM mohon ampun dan maaf kerana blog ini kurang dikemaskini sejak kebelakangan ini. Ini bukan bermakna SM tidak wujud lagi atau sudah tidak beroperasi. SM masih lagi beroperasi seperti biasa cuma keadaan blog ini yang menghadapi masalah. Alhamdulillah masalah itu dapat diselesaikan. Insyallah blog ini akan dikemaskini seberapa kerap dari semasa ke semasa.

Terima kasih juga kepada pengunjung yang masih bersama-sama melawati blog ini. Segala komen dan kritikan amatlah kami harapkan daripada anda semua untuk memajukan lagi operasi di SM ini. Pengunjung juga boleh melawat blog-blog krew kami yang mana segala operasi SM dikemaskini melalui blog mereka.

Antaranya blog:
1) Suhail - http://sahalfikri.blogspot.com (berada di China meluaskan dakwah & perniagaan di sana)
2) Hakim - http://kamyap.blogspot.com (KL - Muar - Johor - Melaka)
3) Shazni - http://www.mohdshazni.com (KL - Kedah - Perak)
3) Epah - http://3p4h.blogspot.com (KL - Kuantan - Kedah - Melaka)


Wedding
Asshazwan & Nurul Huda (Pekan Pahang)



Lokasi : Pekan, Pahang
Tarikh : 07 Mac 2009
Jurugambar : Hakim