Tuesday, July 14, 2009

Aktiviti SM (Episod 1) KLCC

Beberapa minggu yang lepas krew-krew SM buat pengambaran luar. Macam biasa acara pertama kami akan tuju ialah pusat darah negara. Tapi SM tak nak cerita pusat darah dah ade krew SM cerita. Tengok kat sini.
Selepas derma darah kami terus menuju ke KLCC bertemu sahabat sekolah dulu bersamanya ada beberapa orang model. Bolehlah.. huhu. Apa lagi pengambaran dimulakan. Jadi hari ni nak muatnaik gambar di sekitar KLCC dulu. Gambar yang lain nanti dulu.
Disebalik Tabir:

Akan Datang: Aktiviti SM (Episod 2) Taman Tasik Titiwangsa

Tuesday, July 7, 2009

Aliff & Munawarah (Kluang, Johor)

Kali ni SM nak muatnaik gambar bakal pengantin Aliff & Mun. Kalau nak tau mereka ni kwan Hakim masa kat UIA dulu. Satu kelab perkusi. Jodoh mereka. hehe. Walaupun Aliff ni nampak besar die takut dengan Mun, betul ke?? Komen sikit.. hehe jangan marah.. Gurau je..

Majlis berlangsung dengan sempurna cincin disarung oleh nenek Aliff. SM nak cerita ada gelagat yang mencuit hati ketika dalam majlis itu. Apa-apa pun Aliff jangan marah ya. Masa sesi bersalaman untuk pulang tak tahu lah terlalu gembira atau "kaget" Aliff boleh jatuh pula dulang yang dibawa. Apa lagi huru hara satu rumah gelakkan dia. Biasalah, mungkin terlalu gembira kot.. huuh..

Yang penting SM nak ucapkan terima kasih kepada Aliff sekeluarga menyediakan segala untukku menjalankan utgas dengan mudah. Terima kasih juga belanja Hakim makan ikan bakar kat Melaka.. hehe.. Korang memang best!!!


Lokasi : Kluang, Johor
Tarikh : 16 Mac 2009
Jurugambar : Hakim

Wednesday, July 1, 2009

Halim & Raja Nurbaizura

Hari ini nak muat naik gambar-gambar pasangan Halim & Nurbaizura. Majlis telah berlangsung di menara PKNS, Petaling Jaya. Majlis yang agak meriah. Pengantin yang sangat sporting terutamanya pengantin lelaki. Seorang yang kelakar.

Terima kasih diucapkan kepada pengantin dan keluarga. Mereka semua juga sporting. Kerana cuaca yang tidak mengizinkan pengambaran luar terpaksa dilakukan didalam menara tersebut. Mujurlah banyak tempat yang menarik di situ.

Lokasi : Petaling Jaya
Tarikh : 015 Mac 2009
Jurugambar : Hakim