Monday, June 7, 2010

Bulan Cuti, Bulan Kahwin

Bulan Jun cuti sekolah. Maka hampir setiap minggu orang buat kenduri. Tak kira kenduri arwah, kesyukuran atau perkahwinan. Bulan yang sangat sibuk. Masih belum berupaya untuk muatnaik penuh gambar-gambar memori indah pengantin-pengantin. Terima kasih kerana setia menuggu dan menjenguk blog ini. Ada sedikit bingkisan sorotan minggu lepas.
_____________________________________________________________

UNIW - Council Meeting (Bangi, Selangor)

Outdoor Potraiture - Hammad & Shahidah

Farah & Faiz (Muar, Johor)

_____________________________________________________________

Minggu ini tugas di Singapura.. Teruja.. Banyak perkara perlu diuruskan.. Doakan kami yang terbaik.. Kota Singa, kami datang!!!

Krew SM Menang Peraduan KTM

Beberapa bulan lepas krew SM telah keluar tembak-tembak gambar sempena Peraduan Foto KTM. Tema yang telah ditetapkan oleh KTM ialah saat ceria bersama KTM. Bukan mudah bagi kami untuk mendapatkan situasi yang terbaik. Oleh itu, hasil usaha gigih kami telah menang untuk edisi bulan April.

Gambar di atas ini telah dimenangi oleh Epah dengan mendapat tempat pertama. Tahniah Epah!!

Gambar ini pula telah dimenangi oleh Hakim mendapat hadiah saguhati. Kire ok lah tu.. hehe

Kami bercadang nak masuk peraduan ini lagi kerana ianya akan berakhir pada bulan Ogos ini. Maka ada beberapa bulan kami nak menang lagi.. Harap2.. huhu