Wednesday, March 19, 2008

Salam Maulidur Rasul 1429H


Baru belajar teknik ni. Bukan main kecoh kawan serumah berebut untuk menjadi bahan ujian. Kami cabar untuk mereka hasilkan tulisan ALLAH. Lantas ditutup lampu rumah dan dicapai lampu suluh kecil (dapat percuma daripada CIMB - lampu suluh tanpa bateri).

Beberapa kali cubaan menyahut cabaran kami pun dilakukan. Dan inilah hasil terbaik yang dapat mereka tunjukkan. Terima kasih kawan-kawan kerana sanggup hadapi cabaran kami.

Sempena hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Serambi Maya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua. Semoga kehidupan kita banyak mencontohi baginda Rasul dalam banyak perkara.

No response to “Salam Maulidur Rasul 1429H”