Wednesday, March 19, 2008

Salam Maulidur Rasul 1429H


Baru belajar teknik ni. Bukan main kecoh kawan serumah berebut untuk menjadi bahan ujian. Kami cabar untuk mereka hasilkan tulisan ALLAH. Lantas ditutup lampu rumah dan dicapai lampu suluh kecil (dapat percuma daripada CIMB - lampu suluh tanpa bateri).

Beberapa kali cubaan menyahut cabaran kami pun dilakukan. Dan inilah hasil terbaik yang dapat mereka tunjukkan. Terima kasih kawan-kawan kerana sanggup hadapi cabaran kami.

Sempena hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Serambi Maya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua. Semoga kehidupan kita banyak mencontohi baginda Rasul dalam banyak perkara.

Saturday, March 15, 2008

PRU 12


Sepanjang tempoh pilihanraya, kami hanya dapat tangkap beberapa gambar saja kerana sibuk dengan pelbagai urusan. Ada sesetengahnya kami kongsikan bersama anda di ruangan Foto Kami.

Pelbagai pandangan telah kita perolehi daripada beberapa perubahan ketara dalam PRU12. Ini sekaligus membuatkan masyarakat Malaysia khususnya para pemimpin bertambah aktif dalam memperjuangkan nasib kita selain mewujudkan suasana berlumba-lumba melaksanakan yang terbaik kepada kita.

Siapapun yang memerintah, yang penting baik-baik saja berlaku dan masyarakat Malaysia terus aman dan damai dalam kepelbagaian budaya dan bangsa ini. Kami doakan agar Malaysia sejahtera selalu.

Sunday, March 9, 2008

Server down

Serambi Maya memohon maaf kerana tidak dapat mengemaskini laman blog ini untuk tatapan semua disebabkan masalah teknikal di pejabat urusan.

Kini semuanya sudah kembali normal dan kami sajikan anda beberapa gambar terkini oleh jurufoto-jurufoto kami. Berikut adalah maklumat yang telah dikemaskini :-